Thursday, February 19, 2009

HARI INI AKU KEMBALI LAGI......

Suatu ketika dahulu...dalam bulan December 1996, Aku dengan rakan-rakan yang lain meng"korban"kan diri melaporkan diri di AKADEMI LAUT MALAYSIA..ALAM sebagai penuntut dalam jurusan Diploma in Marine Engineering ( MECC 06 ) dan Nautical Study ( DC 34 ). Satu tempat yang tak perpernah terlintas oleh kami semua adanya sebuah institusi pengajian tinggi yang meLAHIRkan ramai malaysian mariners...menjadi tulang belakang kepada industri perkapalan..malahan oil and gas negara sekarang. http://www.alam.edu.my

Hari ini aku kembali lagi..tetapi bukan sebagai penuntut. Aku kembali sebagai tenaga pengajar separuh masa untuk tempoh 3 bulan mengajar bakal-bakal kelasi jentera.
Demi mengisi masa lapangku waktu cuti 3 bulan ini, dengan jarak ALAM dari rumahku tak sampai 1 km...aku terpanggil untuk menyumbang bakti berkongsi pengalaman 10 tahun berlayarku bersama anak bangsaku...BANGSA MALAYSIA!

Seperti yang aku katakan dalam post pertama ku sebelum ini...aku akan cuba memberi semangat dan dorongan motivasi pada bakal-bakal seafarers ni untuk turut bersama membantu menaikkan kembali maruah BANGSA MALAYSIA yang tercalar dek agenda-agenda mereka yang mempunyai kepentingan dengan memasukkan orang asing di Malaysian Flag vessel ni. Aku tidak mahu kita terus "dijajah dibumi sendiri" walhal BANGSAKU lah yang telah membawa MALAYSIA FLAG VESSEL gah dimata dunia sejak dari tahun 70'an lagi..

Kepada ex-mariners malaysia semua...INGATLAH, SEDARLAH DAN BELAJARLAH dari sejarah bahawa penjajahan ini sebenarnya tidak mengguntungkan kita,bangsa dan negara kerana suatu hari tidak mustahil kita dianak tirikan dibumi kita sendiri..

Kepada mereka yang gemar, tulus ikhlas atau terasa ingin membela nasib anak bangsa..ALAM sekarang ketandusan malaysian mariners untuk mendidik anak bangsa since ramai PENJAJAH dah mula memenuhi tempat asal usul kita ini..

bob a.k.a mohd faisal

Tuesday, February 17, 2009

KEMANA ARAH ANAK MALAYSIA DI BUMI SENDIRI?

Salam untuk semua mariners Malaysia..

Apa yang ada dalam ruangan ini bukan untuk suka-suka. Tetapi sebenarnya bertujuan untuk menggumpulkan sebanyak mungkin mariners Malaysia yang selama ini terpinggir dan terkapai-kapai tanpa arah disebabkan tiada yang benar-benar menggambil tahu akan kebajikan kita selama ini.

Kita ada macam-macam persatuan, tetapi tidak duduk dibawah satu bumbung yang dapat mengumpul satu suara rasmi PELAUT MALAYSIA. Bukan sedikit sebenarnya jumlah kita..kalau semua bersatu bawah satu bumbung...saya rasa semua kapal yang berdaftar atas nama negara MALAYSIA mampu dikendalikan oleh kita semua. Tetapi apa yang jadi sekarang ini adalah sebaliknya. Kita diANAKTIRIkan dibumi sendiri?

Mengapa semua ini boleh berlaku? Sebab utama kita tiada saluran yang khusus untuk semua melindungi semua ini. Kita tidak bersatu hati dan kita selalu dipermainkan oleh mereka yang ada agenda tersendiri.

Melalui blogs ini diharap kita dapat berkumpul dan berkongsi segala masalah, pandangan, dan peluang jaringan perhubungan agar kita lebih terbela di masa akan datang.

Segala pandangan, cadangan malah apa jua cerita mengenai kehidupan kita sebagai MALAYSIAN MARINERS dapat dikumpul di sini untuk dikongsikan bersama. Semoga kita mendapat manfaat darinya.

Terima Kasih
Mohd Faisal