
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Rasanya aku pun dah terlupa yang aku selama ini ada blog sendiri..al maklumlah terlalu banyak perkara yang hendak difikirkan bila beralih arah ke darat. February 2009...itulah last aku menulis dalam blog ni..nak masuk 2 tahun dah blog ni aku lupakan. Tetapi hari ini aku kembali dengan semagat baru untuk memastikan kesinambungan cita2 aku menyedarkan anak bangsa bahawa kita boleh berjaya...menjadikan bidang marine sebagai kepakaran warga Malaysia...
Bukan aku dah benci untuk berlayar..semangat tak pernah pudar malah berkobar-kobar bila lihat kapal hari-hari dari kamar tandas office aku. Hahaha dari kamar tandas? Pasti itulah yang bermain dibenak minda korang. Sebenarnya aku sudah 1 tahun 2 bulan membawa diri mencari rezeki di negara jiran kota singa...merantau mencari pengalaman yang pasti berguna untuk aku kongsi dengan semua. Dari office aku memang jelas hari-hari dapat melihat pergerakkan kapal keluar masuk port di negara yang menjana pendapatan utama dari hasil marine ni. Terfikir aku mengapa di negara aku Malaysia yang kaya dengan sumber semulajadi,industri dan pelbagai lagi..malangnya industri marine masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan di kota singa ni. Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak semua dikelilingi laut...tetapi masih terkapai-kapai nak membangunkan industri ini.
Inilah dilema kita di Malaysia, masing-masing berebut kuasa..nak memerintah hingga potensi terbesar menjana pendapatan negara yang ada depan mata hilang sebab dok bergaduh sesama bangsa dan agama....kutuk sana kutuk sini...at the end orang lain yang untung. Inilah dilema yang ada di negara kita Malaysia hari ini. Keupayaan dan kemahiran anak bangsa sendiri tak dipercayai..orang luar pulak yang dijemput untuk sumbang tenaga..walhal banyak daripada mereka ni pun haprak juga..mengabihkan boreh je orang Negeri Sembilan kata.Selepas habis segala kemanisan depa kaut...last sekali depa pun lari bila dah sampai ke hampasnya...itulah dia pakar warga asing. Aku tengok Jepun,Korea, Germany, France..negara-negara maju ni tak lah pulak depa mengharapkan orang luar untuk memajukan negara mereka...bahasa yang digunakan pun masih bahasa ibunda mereka..tetapi mereka berjaya. Yang kita ni..ohh bahasa melayu tak global..tak membawa kejayaan..last sekali sistem pembelajaran dekat sekolah pun jadi haru biru...
Apa yang aku perhatikan...di kota singa ni waktu kerja kebanyakkan mereka fokus dengan tugas masing-masing..so nak bergosing berbual hal yang tak berkaitan kerja ni memang susah nak dilihat kecuali waktu rehat. Time kerja....semua tumpu pada kerja. Di Malaysia...hmm kalau masuk office jam 8pg...start kerja 8.30pg.. lepas tu jam 10-10.30pg tea break. 1145pg dah siap-siap nak mentekedarah tangahari pulak..masuk opis jam 1 tghari...tapi 1.30 tghari pun belum start kerja lagi..cerita itu ini..last sampai akhir jam 5ptg untuk pulang..masa yang betul2 digunakan untuk lakukan kerja silap2 tak sampai 5 jam.. Yang sedih lagi time tak dapat bonus cakap company kedekut taik hidung masin...walhal kalau di kaji diaorang ni yang tak sedar diri..memcuri secara senyap...duit gaji yang dibayar kalau tolakkan masa yang dia orang spent untuk lakukan kerja dah cukup berbaloi..banyak mengular dari kerja cukup bulan dapat gaji penuh...cukup besar zat dia orang dapat..zat-zat dosa yang menjadi punca sensara dunia dan akhirat.
Terlalu banyak perkara sebenarnya kalau nak dicerita disini yang menjadi punca kita ketinggalan.. Kalau ditulis semua sekali disini pasti jadi sampah blog aku ni...insya allah pasti aku sambung untuk kita terus kupas segala apa yang membelenggu kita selama ini...agar dapat sama-sama kita ambil ikhtibar dan memperbaiki kesilapan kita...
